Salam Cinta Hati,
Ini adalah rentetan dari entri yang lepas mengenai semua kekurangan atau kelengkapan semuanya telah diperolehi, boleh diatasi untuk menghasilkan blog. Tetapi ada kekangan yang Maha Besar sedang menanti iaitu MASA. Ini adalah sangat penting.
Kita harus pandai urus masa sebelum ia berakhir dan berlalu begitu sahaja. Jadi mungkin siapa yang selalu mengikuti blog saya yang atu lagi pernha terbaca bagaimana saya uruskan masa untuk berblog. Iaitu gunakan masa awal datang kerja sebelum waktu bekerja, maknanya datang awal.paling kurang setengah jam dan balik awal dari tempat kerja, mungkin setengah jam atau sejam lewat.
Masa rehat digunakan sepenuhnya. Korbankan masa tersebut dengan tidak keluar makan di luar, tetapi tapau/bungkus atau bawa bekal dari rumah. Makan jika tidak dicampur dengan bersembang akan mengambil masa yang tidak lama. Jadi masa selebihnya boleh dihabiskan dengan membuat/menulis blog/serta uruskan kedai maya.
Kemudian bagi di rumah, usahakan pula untuk bangun awal pagi di saat anak-anak dan keluarga yang lain sedang tidur, biasanya jam 4 pagi, akal kita masih segar dan banyak perkara yang mudah dilakukan di saat ini.
Pendek kata bila dah ada semangat dan kemahuan dalam diri, sudah pasti semua benda akan menjadi.
Sekian sahaja dari saya, sedikit perkongsian untuk cinta hati saya yang dah lama ditinggalkan. Juga kerana kekangan masa. dan agak kekeringan idea.
Sudi-sudilah kiranya pembaca sekalian singgah dan lawati ke blog saya yang lain. Mana tahu ada barang yang saudara-saudari ingin dan memang sudah lama mencari.
Sila klik di sini:
Blog saya yang pertama: http://wanrokiah.blogspot.com/
Stokis produk DCL : http://sihatdancantikdengandcl.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment