ads

cari apa anda mahu di sini

Wednesday 30 October 2013

Kekal Berbisnes

Salam Cinta Hati,

Ramai orang di luar termasuk pembaca yang sedang membaca blog saya ini inginkan kejayaan. Jika tidak, sudah pasti anda bukan sedang membaca blog saya sekarang.

Apa yang saya nak berkongsi cerita disini adalah,
Bagaimana nak teruskan berbisnes? Terus nak kekal berniaga?
Caranya ialah letakkan kemestian impian untuk capai. Contoh target 20K/sebulan.

Kenapa ramai yang tidak kekal berbisnes?
Hanya panas dan cair sekejap, kemudian beku sebeku air batu.
Macam buih-buih air pepsi, buka sekejap hilanglah buih.

Ini kerana tiada impian yang hendak dicapai. Ada impian tetapi tiada kesungguhan.

Apakah perbezaan orang Berjaya dan orang Gagal?



Kita berhak menentukan apa yang kita mahukan, Nak jadi orang berjaya sila ikut karakter dan cara orang berjaya bekerja.

Sekian.


Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah

Sunday 27 October 2013

Jenis-Jenis Perniagaan

Salam cinta hati,

Suka saya untuk menceritakan jenis-jenis perniagaan yang ada di muka bumi ini. Sebenarnya maklumat ni telah saya dapat semasa rajin menghadiri kelas malam semasa membuat perniagaan MLM suatu ketika dahulu.




Antara jenis-jenis perniagaan yang ada adalah :

1) Scratch (zero)
yang mana maksudnya memang sifar, tiada apa-apa, baru bermula.

2) Family Business
yang mana perniagaan keturunan dari keluarga bapa pergi kepada anak, anak sambung legasi perniagaan sehingga ke cucu.

3) Take Over
yang mana perniagaan yang memang sudah ada tetapi ditukar pemilik atau pengusaha yang lain dengan kaedah jual beli atau diturunkan, dipindahkan pemilik disebabkan pemilik lama sudah meninggal dan tiada keluarga untuk menyambungnya.

4) Francais
yang mana terdiri daripada perniagaan konvensional seperti KFC, Mc D, Shell dan lain-lain
dan perniagaan persendirian seperti Insurans,UNITRUST, Multi Level Marketing (DCL,Hai-O, Elken dan sebagainya)

Sekian.


Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah

Thursday 24 October 2013

Seronoknya Berbisnes

Salam Cinta Hati,


 Satu perkongsian yang menyeronokkan penulis tidak semestinya akan menyeronokkan pembaca. Begitu juga dengan sesuatu menyeronokkan peniaga tidak semestinya akan menyeronokkan pembeli.

Tetapi di dalam bisnes  ada yang akan mengembirakan peniaga dan pembeli iaitu di saat apabila barang yang dijual telah selamat sampai kepada pembeli. Memang seronok berbisnes dengan jujur dan baik biarpun hanya untung 20sen.

Jangan tak percaya, saya memang pernah untung 20sen dan pernah juga hampir-hampir tidak untung kerana ada sedikit kekurangan ilmu tentang urusan pengeposan.
Itu akan diatasi dari masa ke semasa.


Entri ringkas dari saya.

Sehingga berjumpa lagi.


Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah





Monday 21 October 2013

Idea Mulakan Perniagaan


Salam cinta hati,

Sebagaimana biasa bila kita ingin mulakan sesuatu bisnes atau perniagaan pasti kita mula berfikir akan apa produk atau perkhidmatan apa yang kita hendak jual atau servis. Jadi di sini saya kongsikan serba sedikit idea bagi anda yang tengah berfikir untuk  mulakan bisnes.

Biasanya kita ingin menjual sesuatu yang akan menguntungkan kita sebagai peniaga, tiada orang yang berniaga untuk rugi tetapi sebarang kerugian mungkin sahaja boleh terjadi jika kita salah menggunakan produk sebagai barang jualan kita.

Jom baca sedikit perkongsian tentang tips yang saya tahu.

1.    Produk Jualan yang Laris
Jadi perkara pertama yang harus difikirkan adalah mencari produk apa yang selalu orang ramai ingin gunakan, mungkin barag harian, barang keperluan bulanan dan sebagainya. 

2.     Golongan Pembeli Sasaran
Kedua adalah fikirkan golongan sasaran yang kita target sebagai prospek kita. Contohnya jika golongan wanita, maka mungkin sahaja produk dagangan kita adalah berkisar tentang produk kecantikan, perhiasan diri dan mungkin boleh jadi produk untuk kuruskan badan, produk kesihatan kerana biasanya golongan ini sangat mudah tertarik akan produk-produk ini.  Lihat sahaja berapa banyak produk kesihatan dan kecantikan yang sedang berada di pasaran, sungguh banyak. Maka pilih sahaja produk dan jenama apa sebagai produk jualan kita. Yang penting dapat keuntungan dan jualan yang berterusan.

3.     Modal Awal dan Pusingan
Ketiga, berkisar tentang modal dan berapa jumlah wang yang kita perlu ada dan guna untuk mulakan bisnes tersebut. Seperti yang pernah dinyatakan sebelum ini, modal wang tidak berapa penting malah tidak perlu diambil berat jika kita rancang untuk gunakan kaedah DROPSHIP. Nak tahu apa itu kaedah dropship? Boleh baca di sini.

Jika ingin menggunakan modal sendiri, boleh tetapi perlu sekiranya dilakukan cara begini, iaitu dengan mempromosikan dahulu sebarang produk jualan, kemudian ambil order/pesanan terlebih dahulu barulah keluarkan modal untuk membeli barangan dari pembekal. Ini kaedah selamat untuk elakkan stok tersimpan terlalu lama. 

Itu sahaja dahulu sedikit tips mulakan perniagaan dari saya. Sehingga kita berjumpa lagi dan berkongsi banyak info menarik pada entri yang akan datang. 

 
Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah