ads

cari apa anda mahu di sini

Saturday 16 July 2016

Cari Minat dan Mulakan

Salam Cinta Hati,

Masih ada kah yang mengintai dan membaca entri dalam blog ini?
Serasanya begitulah, kemungkinana ada 1 @ 2 orang yang terklik dan terbaca, semoga apa yang ditulis dan dibaca dapat membantu anda dalam pencarian.

Bagaimana nak berniaga tak kira online atau offline?
Cari minat dulu ya, apakah minat sebenar anda.
Kemudian tetapkan matlamat, berapa banyak yang ingin diperolehi setiap bulan? setiap minggu? setiap hari?

Sekarang pasaran makanan , saya lihat ramai yang berjinak menjual air mangga, yang sebelum ini nampak seperti air nenas . Kita boleh lihat di jalan-jalan, gerai-gerai banyak yang baru tumbuh dan mereka menjual air mangga. Sejauh mana untung, laku laris mereka tidak saya ketahui. Dan saya sendiri juga tak pernah membeli dan merasa air jualan tersebut.

Setelah anda dah tahu apa minat anda, anda dah boleh mulakan serba sedikit pencarian ilmu untuk mantapkan lagi minat anda akan bidang yang anda nak ceburi.
Contoh jika anda minat menjahit, anda cuba tetapkan matlamat dan cari ilmu lebih untuk pastikan yang anda boleh mulakan perniagaan dan dapat keuntungan dari jahitan tersebut.
Walaupun jahitan ini bermusim, tetapi ada banyak juga tempahan yang anda boleh ambil supaya ia tidak bermusim, misal kata, anda kembangkan bidang jahitan anda dengan mengambil tempahan dari sub-sub syarikat / kilang jahitan yang sedia ada.
Semuanya terpulang kepada kerajinan dan usaha anda.

Sekian dulu catatan ringkas saa untuk kali ini.
Semoga akan ada lagi perkongsian lain yang boleh membantu anda dan juga saya sendiri di saat memerlukan.

No comments:

Post a Comment