ads

cari apa anda mahu di sini

Tuesday, 7 April 2015

Peluang Ada di mana-mana

Salam cinta hati,

Terlalu lama meninggalkan blog ini, hampir 2 bulan lamanya.
Sekarang saya terlalu sibuk dan banyak masa dihabiskan dengan rutin sebagai manusia biasa yang hidup secara biasa di dunia ini.

Aktiviti yang saya sedang aktif sekarang adalah mengenai menjaga kesihatan yang lebih tepat adalah menjaga berat badan. Jadi dalam menjaga berat badan ini, kita patut timbang berat badan kita secara berkala supaya ada data dan mudah untuk kita pantau. Paling baik jika ada penimbang yang boleh baca peratusan lemak dan air dalam badan kita. Dan saya ada mengenali kawan yang ada, maka ke situ lah tempatnya.

Rupanya kawan saya ini sedang buat bisnes juga iaitu bisnes Herbalife, tapi saya suka caranya yang tidak memaksa untuk menjual produk atau lebih kepada nak menjual tetapi lebih kepada nak mendidik dan memberi konsultasi secara percuma. Yang penting masyarakat mengamalkan pemakanan sihat untuk tubuh badan yang sihat.

Apa yang saya nak bincangkan di sini wahai cinta hati adalah jika kita hidup di dunia nyata ini, terlalu banyak peluang untuk kita tambah nilai hidup, tambah nilai diri, dan orang lain. Jika sama-sama nak tambah pendapatan dengan jalankan bisnes secara sihat.

Sekian dulu cinta hati, nak sihatkan badan, hati kena bersih dari toksin dan nilai yang tak baik dulu.
Salam kasih sayang dari saya.Sehingga berjumpa lagi.

No comments:

Post a Comment