ads

cari apa anda mahu di sini

Thursday 22 May 2014

Bantulah diri sendiri untuk berniaga

Salam cinta hati,

Sudah terlalu lama meninggalkan rumah ini, hampir 2 bulan. Bukan kerana sudah tidak sayang dan juga bukan kerana sudah kering idea namun kesuntukan masa dan komitmen yang lain menyebabkan masa untuk rumah ini agak tidak ada.

Baik, hari ini saya terpanggil untuk kongsikan satustatus yang saya baca dari luahan dan buah fikiran cikgu saya. Jom kita sama-sama baca dan fahami.

Sebelum mahu bantu orang lain, cuba bantu diri dahulu
Bagaimana saya cabar diri untuk keluar dari zon selesa. Alhamdulillah sekarang setiap hari ada urusan jual beli masuk ke akaun bank. Tapi jangan ingat semua itu datang dengan sekelip mata

Saya mahu bantu kalian terutamanya surirumah untuk capai pendapatan seperti saya juga tetapi dengan syarat janganlah mudah hilang fokus atau putus-asa

Biar bina rumah yang kecil tapi semakin lama ditambah-tambah menjadi rumah besar dari yang menjadi bina rumah kecil, kerana tamak runtuhkan rumah kecil kerana mahu bina rumah batu yang besar yang entah belum pasti kita mampu untuk menyiapkannya (sekadar peringatan buat diri sendiri)


Kredit untuk Cikgu Zaila Mohamad.

Saya nak ulas sedikit apa yang dikongsikan oleh beliau, sekarang beliau adalah surirumah sepenuh masa yang ada menjalankan pekerjaan bisnes online  dan mengajar online.
pinjam gambar dari google


Baik, apa yang perlu kita lakukan untuk berjaya adalah bantu diri kita untuk berjaya tak kira jika kita ini seorang surirumah atau pun bekerja makan gaji atau bekerja sendiri.


Topik lagi menjurus atau terperinci adalah bantu diri sendiri untuk berniaga. 
Tiada alasan lagi untuk berniaga, alasan modal? 
berniaga tanpa modal pun dah ada diceritakan iaitu dropship.
masa tiada? 
sekarang zaman dah canggih tak perlu masa yang lama, guna saja teknologi terkini dan cuba promosikan, itulah berniaga di atas talian namanya.
 apa alasan lagi? Tak pandai? 
itu semua boleh diajar atau ikut saja cara orang yang dah berjaya buat,


Cukup dulu entri ringkas dari saya kali ini.


Salam kasih sayang dan semoga anda semua baik-baik saja.
Janji berusaha untuk kehidupan yang lebih baik.