ads

cari apa anda mahu di sini

Monday 30 September 2013

Bukan Duit Sebagai Modal

Salam Cinta Hati,

Jika sebut sahaja perniagaan sudah pasti modal nya adalah duit, wang atau pitis (kata orang Kelantan). Tetapi cuba kita berfikir di luar kotak sekejap, kita boleh berniaga malah mulakan perniagaan tetapi tanpa guna modal wang.

Tak percaya? Jom saya cerita!

Anda pernah dengar perkataan dropship?
Kalau yang dah pasti sudah dapat gambaran apa yang saya ingin ceritakan.
bagi yang belum, sila bersedia ya.


Sumber gambar: google


Dapatkah anda membaca dan memahami secara jelas gambaran yang ditunjukkan di atas?

Itulah yang dinamakan dropship. Anda hanya orang tengah yang menjalankan kerja-kerja mempromosikan produk menggunakan medium yang pernah saya ceritakan sebelum ini. Tanpa perlu modal, apabila ada pelanggan yang tertarik dan bertanya serta ingin membeli dengan anda, anda terus berurusan dengan pemborong dan pemborong tersebut yang terus akan hantar barangan kepada pembeli. Anda hanya akan dapat untung yang dibayar seperti komisen kepada anda kerana bekerja sebagai promoter (promosikan barangan dari pemborong). Pembeli akan bayar kepada anda dan anda akan bayar kepada pemborong dengan harga yang kurang dari pembeli bayar. di situlah euntungan yang anda akan dapat.

Mudah bukan?

Nak tahu secara lanjut? Boleh hubungi saya.


Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah



Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah






Saturday 28 September 2013

Jadikan Berniaga itu Minat

Salam cinta hati,




Tahukah anda yang minat boleh dipupuk? Tak kira apa sahaja perkara, ia boleh dipupuk untuk menjadi minat.

Bagaimana caranya? Praktik dari awal. Ketika zaman kecil, zaman kanak-kanak, boleh pupukkan minat ini.

Seperti diri penulis yang dibesarkan dalam keluarga yang menjalankan urusan perniagaan, memang minat itu dari kecil telah ada.

Apatah lagi orang Kelantan yang majoritinya adalah peniaga, boleh dikira setiap rumah di kampung saya adalah peniaga. Jarang-jarang sekali mereka yang bukan peniaga.

Jika anda yang dewasa kini, tiada minat, malas, tidak tahu cara bagaimana untuk tanamkan minat berniaga. Anda boleh praktis bermula dari sekarang.

Paling-paling tidak minat pun, pasti anda minat wang yang banyak bukan? Tanamkan dalam diri, berniaga untuk mencari pendapatan lebih di era yang semuanya memerlukan wang. Anda tiada wang, anda akan ketinggalan jauh ke belakang.

Nak berniaga dan nak tahu bagaimana ingin bermula, boleh hubungi saya:
 
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah
 


Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah



Friday 27 September 2013

Asas Blog Sebagai Landasan Mulakan Perniagaan

Salam cinta hati,





Tahukah anda apa itu blog?

Jom kita berblog untuk jalankan perniagaan. Ini adalah sangat sesuai bagi mereka yang baru mahu bermula, tiada tapak kedai. Jom kita bina tapak kedai secara maya di alam maya juga iaitu di atas talian (online).

Sangat sesuai untuk surirumah yang tidak bekerja dan sangat limit untuk keluar rumah kerana menguruskan keluarga tersayang. Untuk menambah pendapatan keluarga di zaman kenaikan barang ini dan juga sebagai satu hobi baru untuk mengisi masa lapang dengan lebih berfaedah dan mendapat hasil pulangan.

Blog umpama dairi bagi mereka yang suka catatkan segala kejadian harian yang berlaku kepada mereka, Bezanya diari lama yang kita tulis adalah untuk rujukan dan bacaan kita sendiri. Tapi di dalam blog, ia diari terbuka. Maknanya orang lain juga boleh membaca dan membuat rujukan.

Blog juga umpama kedai bagi mereka yang ingin berniaga. Pasaran sangat luas bukan sahaja di dalam Negara malah satu Dunia boleh membuat carian dan menjadi pelanggan kita. Mudah bukan? Dengar dan baca memang sangat mudah, tapi percayalah ia memang tidak susah. Kita belajar dengan guru yang memang pakar, beliau akan tunjuk ajar, bagi kita sedikit guideline (petunjuk) dan semuanya kita akan belajar buat sendiri.

Blog umpama rumah bagi mereka yang suka kongsikan hobi, isikan masa lapang dengan bercerita tentang segala hal, ilmu dam pelbagai lagi. Ia mestilah berpenghuni dan ajak orang ramai singgah, Jangan tinggalkan rumah terlalu lama, nanti akan bersawang dan berhabuk. Tiada siapa yang akan masuk.Tinggalah ia menjadi sunyi sepi.


Jom belajar! Jadikan blog sumber pendapatan kita, hobi isi masa lapang, medium untuk dapatkan pahala dan macam-macam lagi.



Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah

 
Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah