ads

cari apa anda mahu di sini

Showing posts with label Minat. Show all posts
Showing posts with label Minat. Show all posts

Saturday, 16 July 2016

Cari Minat dan Mulakan

Salam Cinta Hati,

Masih ada kah yang mengintai dan membaca entri dalam blog ini?
Serasanya begitulah, kemungkinana ada 1 @ 2 orang yang terklik dan terbaca, semoga apa yang ditulis dan dibaca dapat membantu anda dalam pencarian.

Bagaimana nak berniaga tak kira online atau offline?
Cari minat dulu ya, apakah minat sebenar anda.
Kemudian tetapkan matlamat, berapa banyak yang ingin diperolehi setiap bulan? setiap minggu? setiap hari?

Sekarang pasaran makanan , saya lihat ramai yang berjinak menjual air mangga, yang sebelum ini nampak seperti air nenas . Kita boleh lihat di jalan-jalan, gerai-gerai banyak yang baru tumbuh dan mereka menjual air mangga. Sejauh mana untung, laku laris mereka tidak saya ketahui. Dan saya sendiri juga tak pernah membeli dan merasa air jualan tersebut.

Setelah anda dah tahu apa minat anda, anda dah boleh mulakan serba sedikit pencarian ilmu untuk mantapkan lagi minat anda akan bidang yang anda nak ceburi.
Contoh jika anda minat menjahit, anda cuba tetapkan matlamat dan cari ilmu lebih untuk pastikan yang anda boleh mulakan perniagaan dan dapat keuntungan dari jahitan tersebut.
Walaupun jahitan ini bermusim, tetapi ada banyak juga tempahan yang anda boleh ambil supaya ia tidak bermusim, misal kata, anda kembangkan bidang jahitan anda dengan mengambil tempahan dari sub-sub syarikat / kilang jahitan yang sedia ada.
Semuanya terpulang kepada kerajinan dan usaha anda.

Sekian dulu catatan ringkas saa untuk kali ini.
Semoga akan ada lagi perkongsian lain yang boleh membantu anda dan juga saya sendiri di saat memerlukan.

Wednesday, 19 November 2014

Mula Bisnes Tanpa Modal?

Salam Cinta Hati,

Setelah berbulan-bulan meninggalkan rumah ini yang saya angap rumah kedua atau ketiga saya dalam penulisan blog.

Saya baru mendapat tugasan untuk menulis entri mengenai menjalankan perniagaan tanpa menggunakan modal. Bermula dengan apa yang kita ada saja. Dan berani bermula dan mencuba. Jadilah agen dropship untuk elakkan anda gunakan modal yang besar untuk berniaga.
Caranya mudah saja, join dan selidiki pelbagai jenis perniagaan yang ada dan cuba untuk hubungi pemilik perniaagaan tersebut. Dan mulakan dengan mempromosikan produk orang lain di blog dan fan page facebook. Biasa lakukan secara online lebih mudah. Dan setiap jualan yang berlaku anda dapat komisen. Maka boleh gunakan komisen tersebut sebagai modal permulaan dan kumpulkan sehingga dapat sejumlah tertentu dan mulakan perniagaan sendiri. Kerana biasanya bila modal sendiri, untung yang diperolehi lebih banyak dari hasil komisen yang dapat dari menjual produk orang lain.


Saya sendiri pun sekarang walau sudah ada bisnes sendiri yang menggunakan modal sendiri namun masih jalankan aktiviti sampingan sebagai dropshipper. Saya promosikan produk orang lain dan ternyata mendapat sambutan dan senang-senang saya mendapat bayaran komisen dari situ.
Jadi bagi anda di luar sana yang nak sangat pendapatan sampingan atau duit tambahan, anda boleh dapatkannya. Mula berniaga tanpa modal sebagai agen dropship terlebih dahulu.

Jom hubungi saya untuk tahu bagaimana nak jual produk yang memberi komisen dan kita tidak perlu keluarkan modal. Tapi yang penting anda haruslah seorang yang rajin dan komited untuk capai matlamat anda sendiri.



Untuk pembelian setiap produk jualan saya, boleh hubungi
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages Serba barang: Kedaionlinecikroki
Fanpages produk DCL: Stokis DCL
Fanpages Tupperware :Tupperware



Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan kanan blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah


Monday, 1 September 2014

Jual Beli Secara Online

Salam cinta hati,

Sihat dan gembirakah anda di saat ini?

Sudah terlalu lama meninggalkan rumah ini sehingga rasanya boleh bersawang. Almaklumlah tuan punya blog ada banyak rumah, maka akan sentiasa balik ke rumah utama, ini hanya rumah sampingan. Jika benar ada 3 buah atau lebih rumah begini juga jadinya ya. Kalau betul dapat beli 3 buah rumah, memang kaya lah, banyak pendapatan sampingan akan masuk bila disewa tapi jika tidak dijaga dengan betul bukan duit sampingan yang masuk tetapi duit dalam pula yang akan keluar untuk membaiki apa sahaja yang rosak akibat tidak dijaga dengan baik dan terurus.

Permulaan di atas agak berlainan dengan topik yang saya nak bincangkan pada kali ini.
Jika diikut tajuk nya Jual Beli secara online. Sebenarnya saya nak buka peluang untuk anda peniaga di luar sana yangminat nak mencari pendapatan sampingan sambil anda ada pendapatan tetap atau saja berada di rumah  dan berminat untuk membantu suami atau nak bantu keluarga untuk dapatkan sampingan wang untuk kegunaa masa sekarang atau sebagai simpanan di masa akan datang. anda boleh hubungi saya, saya nak buka peluang untuk anda jadi agen kepada produk saya. Memang sekarang saya sudah ada pelbagai agen yang menjual produk dari stok saya, tapi makin ramai makin seronok kita bekerja sama. Niat saya untuk bantu anda dan anda bantu saya. kita sesama merasa rezeki yang Allah bagi.

Saya sendiri pun masih belum ada produk sendiri lagi, hanya menjual produk orang lain namun bagi saya itu lebih mudah. Dan bagi anda jika berminat dan tiada modal, anda boleh hubungi saya, yang penting anda cari cara untuk bermula.

Sebenarnya jual beli secara online adalah lebih mudah bagi kita yang separa bekerja tak kira di pejabat, di kilang, di rumah. Jangan ingat berada di rumah, anda itu tidak bekerja namun anda juga ada kerja tetap yang hakiki untuk dibuat malah kerja tersebut tidak akan pernah habis.

Mungkin ada yang dapat baca apa yang saya nak ceritakan jual beli secara online ini adalah lebih kepada anda menjadi agen dropship saya. Jika anda ada modal dan ingin terus jadi agen tetap, itu lagi bagus kerana anda boleh mendapat untung yang lebih banyak sesuai dengan modal yang anda keluarkan.

Sekian dulu, akan berjumpa lagi di lain entri.

Bagi anda yang benar-benar ada impian untuk mencuba, boleh hubungi saya dengan segera melalui emel, watsap, mesej. Mana-mana yang cepat, akan saya balas segrea.

Friday, 22 August 2014

Perniagaan Networking atau MLM


Salam cinta hati,

Perkongsian kali ini mengenai MLM ataupun perniagaan Networking. Saya pernah ceburi diri dalam pelbagai bidang bisnes MLM, ada yang berjaya ada yang tidak. Tetapi saya tidak pernah serik untuk teruskan. Kerana saya ini minat bisnes, saya suka atas niat dan dasar untuk tolong orang ramai, mudahkan orang dapatkan produk dengan orang terdekat dengan mereka. Niat untuk ubah cara hidup, bukan sekadar bekerja untuk dapatkan duit tetapi nak kan duit itu yang bekerja untuk kita.

Gambar dari google


Pemahaman yang anda perlu tahu mengenai perniagaan ini:

Perniagaan Networking atau MLM
@ Atas dasar nak bantu orang
@ Atas dasar nak jual produk yang bagus, boleh bantu sihatkan orang



MESTI PILIH
☆ sistem yang bagus
☆ produk yang bagus
☆ leader yang bagus


Gambar sekadar hiasan



Sedikit perkongsian dari saya yang saya juga ambil dari bacaan dan pemerhatian saya dalam bidang ini. Pengalaman mengajar segalanya. Yang penting kita harus berani mencuba dan ikut sahaja, cuba berusaha untuk capai seperti mana yang telah diajar dalam marketing plan itu. Jika orang lain yang ramai telah berjaya, pasti ada sesuatu yang kita belum ada untuk capai seperti mereka. Dekati mereka dan belajar dari mereka. Ikut langkah yang merka telah buat, jangan pernah mengalah.

Ingin belajar dan buat seperti saya? boleh hubungi saya 010-9336935 atau lihat di sebelah kanan blog ini.

Wednesday, 11 June 2014

Pemasaran

Salam cinta hati,

Sangat penting sebenarnya teknik pemasaran apabila kita berniaga tak kira berniaga online, di atas talian atau offline secara bukan di atas talian.
Imej dari Google


Bagaimana untuk pastikan Pemasaran berkesan?
Tekniknya atau makna pemasaran itu adalah kita nak orang ramai tahu yang kita berniaga dan ada menjual produk. Kita mesti sentiasa iklankan produk kita dengan cara memberitahu orang terdekat dengan edarkan poster, flyer atau ada banting di mana-mana supaya ramai orang yang tahu.

Tak kira kita berniaga di ceruk kampung atau bandar besar, memang kita harus memberitahu orang ramai yang kita ada menjual produk tertentu contohnya madu.

Bagaimana ingin memberitahu orang?
1) Kita boleh bagi sampel, contohnya madu tadi letak dalam bekas yang kecil untuk mereka rasa.
2) Bercerita dari satu rumah ke rumah jika berada di kampung yang hanya beberapa orang, tak sampai 100 orang.
3) Paling mudah buat majlis ringkas dan jemput semua datang ke rumah kita, sekali cerita sahaja. Tak perlu ulang banyak kali.
4) Biar gambar berbicara, iklan kan guna flyer, banting seperti diterangkan di atas.
5) Jika ada modal yang lebih, buat iklan di media sosial seperti TV, Radio dan suratkhabar serta majalah.
6) Atau cara yang paling mudah dan murah adalah dengan menggunakan blog, wordpress atau website yang mudah dicapai/access oleh berjuta orang.

Dan ilmu yang saya baru belajar adalah, tulislah dalam dua bahasa iaitu Melayu dan English untuk pasaran yang lebih meluas ke seluruh dunia.


Apa saja bisnes yang kita lakukan terutama sekali di zaman ini, paling penting pilih lah teknik pemasaran yang berkesa. bagi yang baru berniaga, gunakan medium yang percuma sahaja. Bila sudah ada untung barulah berusaha ke arah iklan yang berbayar.

Sekian dulu,

Semoga dapat membantu anda di luar sana yang sedang mencari maklumat mengenai teknik pemasaran.

Jika ingin dapatkan produk jualan saya boleh hubungi saya 010-9336935 atau pelbagai cara lain, lihat di kanan atas blog ini.

Saturday, 15 February 2014

Jom Berniaga Tune Talk Tone Excel Telco

Salam Cinta Hati,

Perkongsian mengenai perniagaan yang sedang saya jalankan pada kali ini, pelbagai yang lain, cuma ini yang antara terbaru dan sangat menarik.

Menarik kerana modal hanya RM80. kita beli sim card dan pakai sendiri prepaidnya. Bila tiap kali topup akan dapat point dan jika setiap bulan topup RM30, layak dapat perlindungan insurans sebanyak RM100,000. mana pernahada syarikat telco yang lain tawarkan perniagaan yang baik sebegini. Selalu jika kita pakai telefon, yang untung hanyalah syarikat dan bukan pengguna.

Berlainan dengan Tune Talk, anda sebagai pengguna pun dapat keuntungan.

Untuk info lanjut mengenai perkara ini, anda boleh hubungi saya. Di sini saya nak kongsikan bonus fast track yang telah saya perolehi. Website rasmi adalah www.toneexcel.com. Anda boleh dapat info tentang prepaid ini di sana. Jika nak join sebagai pengguna sahaja atau ingin mencari pendapatan sampingan, boleh hubungi saya.





Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah


Wednesday, 1 January 2014

Kerana Apa Berniaga?

Salam Cinta Hati,

Sebelum membuat sesuatu perkara apa pun, mesti kita fikirkan dulu kerana apa kita lakukan ini? Untuk apa? Apa tujuannya?

Ini bukan mengajar kita untuk sentiasa meminta balasan atau mengharapkan balasan tetapi dalam perniagaan kita harus tahu mengenai untung rugi. Biasanya kita berniaga kerana ingin untung. Mana ada orang di dunia ini yang ingin rugi?

 Maka betul jika saya kira anda berniaga kerana nak kan duit, betul bukan? Kerana dengan duit kita boleh buat apa sahaja, beli apa sahaja keperluan dan kehendak, dengan duit kita boleh menderma, bersedekah untuk pulangan pahala di akhirat.

Contoh duit :Sumber gambar dari google


Maka, sebelum kita berniaga dan memilih sesuatu perniagaan, kita fikirkan apa untungnya kepada kita, faedah dan kebaikannya.

Berapa banyak yang kita akan dapat setelah kita berhabis sebanyak ini, boleh diteruskan atau tidak. Jika tidak, boleh berhenti dan cuba cara yang lain. Jangan pernah berhenti terus.

Setakat ini dulu, entri ringkas dari saya kali ini. Semoga ada ruang dan waktu untuk saya terus menulis di sini sebagai panduan untuk diri saya dan orang lain.

Salam kasih sayang.



Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah