ads

cari apa anda mahu di sini

Saturday 5 October 2013

Susah Dahulu Bersenang Kemudian

Salam cinta hati,

Tajuk entri di atas seperti biasa di dengar dan baca di mana-mana saja kan? Zaman sekolah lagi sudah ada pepatah ni "Berenang-renang ke hulu, Berakit-rakit ke tepian, Bersusah-susah dahulu, besenang lenang kemudian" Betul ke pepatah yang digunakan? rasanya dah betul.

Apa yang nak dikatakan disini, Alhamdulillah, zaman susah dan gelap saya berblog kini sudah makin cerah dan semakin nampak jalannya dengan pembelian sebuah laptop baru. Sebelum ini sangat terhad dengan gunakan telefon yang bijak itu dan komputer di pejabat.

Tapi ini bukan bermakna saya harus bersenang lenang tanpa terus berusaha. Dengan adanya gajet baru ini ia hanya memudahkan kerja berblog dan berbisnes saya tanpa terbatas tidak sebelum ini. Namun satu masalah baru yang akan timbul, gangguan dari anak-anak yang akan juga tertarik dengan laptop dan macam-macam hal yang mereka nak buat seperti tengok cerita kartun kegemaran mereka. Maka saya perlu membuat sekatan dan mengambil langkah awal, jangan dedahkan gajet ini kepada mereka. dalam erti kata lain, hanya gunakan pada waktu-waktu tertentu terutama waktu awal pagi semasa mereka masih enak dibuai mimipi.

Apa yang ingin dikatakan di sini,. jangan jadikan alasan anda tidak mempunyai itu ini untuk memulakan langkah berblog dan berbisnes. Jika belum ada, boleh gunakan sumber yang ada. Saya pernah terbaca, ada pelajar dari akademi Asas Blog, pergi ke cyber cafe semata-mata untuk update blog. Nah, maka jangan cari alasan, tetapi mulakan dari sekarang. Jika tidak tahu bagaimana nak bermula, saya dan cikgu yang berpengalaman boleh tunjukkan caranya.

Hubungi saya di:


Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah



Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah



No comments:

Post a Comment