ads

cari apa anda mahu di sini

Monday, 21 October 2013

Idea Mulakan Perniagaan


Salam cinta hati,

Sebagaimana biasa bila kita ingin mulakan sesuatu bisnes atau perniagaan pasti kita mula berfikir akan apa produk atau perkhidmatan apa yang kita hendak jual atau servis. Jadi di sini saya kongsikan serba sedikit idea bagi anda yang tengah berfikir untuk  mulakan bisnes.

Biasanya kita ingin menjual sesuatu yang akan menguntungkan kita sebagai peniaga, tiada orang yang berniaga untuk rugi tetapi sebarang kerugian mungkin sahaja boleh terjadi jika kita salah menggunakan produk sebagai barang jualan kita.

Jom baca sedikit perkongsian tentang tips yang saya tahu.

1.    Produk Jualan yang Laris
Jadi perkara pertama yang harus difikirkan adalah mencari produk apa yang selalu orang ramai ingin gunakan, mungkin barag harian, barang keperluan bulanan dan sebagainya. 

2.     Golongan Pembeli Sasaran
Kedua adalah fikirkan golongan sasaran yang kita target sebagai prospek kita. Contohnya jika golongan wanita, maka mungkin sahaja produk dagangan kita adalah berkisar tentang produk kecantikan, perhiasan diri dan mungkin boleh jadi produk untuk kuruskan badan, produk kesihatan kerana biasanya golongan ini sangat mudah tertarik akan produk-produk ini.  Lihat sahaja berapa banyak produk kesihatan dan kecantikan yang sedang berada di pasaran, sungguh banyak. Maka pilih sahaja produk dan jenama apa sebagai produk jualan kita. Yang penting dapat keuntungan dan jualan yang berterusan.

3.     Modal Awal dan Pusingan
Ketiga, berkisar tentang modal dan berapa jumlah wang yang kita perlu ada dan guna untuk mulakan bisnes tersebut. Seperti yang pernah dinyatakan sebelum ini, modal wang tidak berapa penting malah tidak perlu diambil berat jika kita rancang untuk gunakan kaedah DROPSHIP. Nak tahu apa itu kaedah dropship? Boleh baca di sini.

Jika ingin menggunakan modal sendiri, boleh tetapi perlu sekiranya dilakukan cara begini, iaitu dengan mempromosikan dahulu sebarang produk jualan, kemudian ambil order/pesanan terlebih dahulu barulah keluarkan modal untuk membeli barangan dari pembekal. Ini kaedah selamat untuk elakkan stok tersimpan terlalu lama. 

Itu sahaja dahulu sedikit tips mulakan perniagaan dari saya. Sehingga kita berjumpa lagi dan berkongsi banyak info menarik pada entri yang akan datang. 

 
Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah

No comments:

Post a Comment