ads

cari apa anda mahu di sini

Saturday 19 October 2013

Modal dan Stok


Salam cinta Hati,

Sedikit perkongsian pengalaman saya sendiri mengenai panduan untuk berniaga. Memang banyak kaedah perniagaan sekarang, online, offline, MLM, konvensional dan pelbagai lagi. Apa yang saya ingin kongsikan pengalaman untuk berniaga pada kali ini ialah mengenai modal dan stok.

Pada pendapat saya sendiri, jika anda ingin berniaga dan serius untuk jalankan perniagaan, adalah baik kiranya anda sendiri keluarkan sedikit modal untuk membeli stok produk dan berniaga. Ini adalah salah satu daya tarikan untuk anda terus mempromosikan produk kerana produk sudah ada di depan mata, tak kan anda nak biarkan produk tersebut tersimpan lama dalam stok anda tanpa dibeli oleh pelanggan. Makin lama produk tersimpan, makin tidak elok terutama bagi produk makanan kesihatan kerana ada tempoh hayat masing-masing.

Jika kita sudah ada stok dalam tangan biasanya kita akan lebih bersemangat dan tertuja untuk berniaga kerana sudah ada di depan mata, jika ada pelanggan yang berupa kawan-kawan terdekat ingin tengok atau cuba, maka boleh lihat terus tanpa perlu menunggu terlalu lama kerana  sebagai manusia biasanya akan mudah berubah hati. Jika lambat tunaikan permintaan kemungkinan besar mereka akan pergi kepada peniaga yang lain. Iaitu peniaga yang mana akan terus bagi barang yang pelanggan mahukan. 

Jadi ini salah satu pengalaman yang pernah saya dapat setelah mulakan berniaga secara aktif kembali.

Maka ada kalanya sangat perlu keluarkan modal dahulu. Lagipun apabila kita keluarkan modal dahulu dengan membeli barang secara borong, kita akan dapat harga yang lebih murah dari harga dropship. Maka keuntungan yang kita akan dapat dari jualan produk yang sama lebih tinggi.

Fikir-fikirkan dan bersiap sedia untuk menanggung risiko akan sebarang tindakan yang kita ambil.

Sekian

 
Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah

No comments:

Post a Comment