Bagi mereka yang belum ada sumber internet ini, jika ada pun sangat terhad, maka boleh gunakan sumber offline iaitu guna cara bukan atas talian dan bukan sumber internet, caranya adalah, guna mulut, percakapan dan telefon bagi mempromosikan barangan, tetapi ia sangat terhad kepada orang terdekat kita sahaja yang akan menjadi pelanggan kita. Tak apa boleh sahaja, asal ada keuntungan di situ.
gambar: sumber google |
Tapi yang ingin dikongsikan di sini adalah jika anda tiada PC, tiada laptop dan smartphone tetapi anda ingin membina blog. Ini caranya:
1) Gunakan Cyber Cafe terdekat yang menyediakan perkhidmatan internet.
Pastikan sebelum anda ke sana, anda sudah ada draft apa yang ingin dibuat, apa yang ingin dikemaskini, supaya masa anda benar-benar dihargai disitu. kalau boleh bawa buku catatan, catat apa yang kita ingin lakukan di situ dalam buku tersebut dan boleh dibuat rujukan nanti.
2) Gunakan sumber komputer/PC/Laptop pejabat yang memang sudah ada sumber internet bagi mereka yang bekerja.
Pastikan anda berdisiplin untuk datang awal dan balik lewat. Korbankan juga masa rehat anda, seperti waktu makan. Jangan korbankan masa kerja anda pula. Pastikan kerja-kerja pejabat tidak terganggu. Senang sahaja nak pastikan tidak terganggu. Siapkan dulu kerja-kerja pejabat kemudian barulah berblog pasal pernagaan sendiri.
Tapi masa awal datang pejabat dan masa nalik lewat, katakan setengah setiap kali. Bermakna 2jam sehari anda ada masa untuk berblog. Itu sudah campur dengan masa rehat sejam.
pastikan juga anda sudah mencatat draft di rumah, tulis di buku catatan apa yang anda hendak taip di blog nanti.
Dua tips berguna yang saya nyatakan di atas boleh dipraktikan bagi
mereka yang benar-benar serius untuk mencari pendapatan lebih. Kumpul
keuntungan. Kemudian plan untuk beli smartphone, laptop/pc anda sendiri. Jangan
lupa pasang talian internet.
Anda berusaha, anda dapat. Anda buat, ada hasil, anda yang akan
untung. Perbaiki nilai hidup hari ini untuk nilai hidup yang lebih bermakna
untuk hari depan.
Sekian
Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Emel : wanrokiahwannor@gmail.com
Facebook : Wan Rokiah
Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: Akademi
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: Akademi
No comments:
Post a Comment