Sebagai peniaga memang tak boleh lari dari mengalami masalah dengan pembekal dan juga pelanggan. Biasanya dengan pelanggan tidak banyak masalah, hanya perlu melayan kerenah mereka.
Tetapi dengan pembekal perlu sangat berhati-hati dan mencari pembekal yang benar-benar dipercayai, diyakini sebelum sebarang urusniaga dijalankan.
Kebiasaan jika diikutkan pengalaman sendiri, bukan masalah besar sangat dengan pembekal, kadang-kala sahaja barang yang dipesan lambat tiba seperti yang dijanjikan. Biasalah itu, masalah di pihak pengangkutan.
Jadi sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan berlaku perkara tersebut, maka apa yang perlu dilakukan adalah simpan sedikit stok dalam tangan dan membuat pesanan baru sebelum stok habis. Ini untuk menggelakkan berlaku tiada stok di saat pelanggan ingin membeli. Jika terlalu lama menunggu biasanya sesiapa sahaja boleh berubah hati. Maka kerugian berlaku di sini, hilang pelanggan, hilang satu urusniaga.
Selalu tanya khabar/status barang dengan pembekal supaya tahu keadaan sebenar. Minta Tracking Number jika dipos. Jika dihantar dengan pengangkutan awam, atau penghantar perseorangan, selalu telefon atau tanya melalui pesanan ringkas.
Kalau boleh, cuba elakkan dari mengambil bekalan dari orang tengah. Sebaik-baiknya cari pengeluar atau stokis yang benar-benar ada stok. Jarang kehabisan stok kecuali bagi barang yang sangat laris lah.
Itu sahaja tips perniagaan yang ingin dikongsikan pada petang ini.
Sehingga berjumpa di lain hari.
Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party
Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: Akademi
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: Akademi
Untuk yang
berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Emel : wanrokiahwannor@gmail.com
Facebook : Wan Rokiah
No comments:
Post a Comment