ads

cari apa anda mahu di sini

Saturday, 19 October 2013

Modal dan Stok


Salam cinta Hati,

Sedikit perkongsian pengalaman saya sendiri mengenai panduan untuk berniaga. Memang banyak kaedah perniagaan sekarang, online, offline, MLM, konvensional dan pelbagai lagi. Apa yang saya ingin kongsikan pengalaman untuk berniaga pada kali ini ialah mengenai modal dan stok.

Pada pendapat saya sendiri, jika anda ingin berniaga dan serius untuk jalankan perniagaan, adalah baik kiranya anda sendiri keluarkan sedikit modal untuk membeli stok produk dan berniaga. Ini adalah salah satu daya tarikan untuk anda terus mempromosikan produk kerana produk sudah ada di depan mata, tak kan anda nak biarkan produk tersebut tersimpan lama dalam stok anda tanpa dibeli oleh pelanggan. Makin lama produk tersimpan, makin tidak elok terutama bagi produk makanan kesihatan kerana ada tempoh hayat masing-masing.

Jika kita sudah ada stok dalam tangan biasanya kita akan lebih bersemangat dan tertuja untuk berniaga kerana sudah ada di depan mata, jika ada pelanggan yang berupa kawan-kawan terdekat ingin tengok atau cuba, maka boleh lihat terus tanpa perlu menunggu terlalu lama kerana  sebagai manusia biasanya akan mudah berubah hati. Jika lambat tunaikan permintaan kemungkinan besar mereka akan pergi kepada peniaga yang lain. Iaitu peniaga yang mana akan terus bagi barang yang pelanggan mahukan. 

Jadi ini salah satu pengalaman yang pernah saya dapat setelah mulakan berniaga secara aktif kembali.

Maka ada kalanya sangat perlu keluarkan modal dahulu. Lagipun apabila kita keluarkan modal dahulu dengan membeli barang secara borong, kita akan dapat harga yang lebih murah dari harga dropship. Maka keuntungan yang kita akan dapat dari jualan produk yang sama lebih tinggi.

Fikir-fikirkan dan bersiap sedia untuk menanggung risiko akan sebarang tindakan yang kita ambil.

Sekian

 
Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah

Wednesday, 16 October 2013

Masa Terbatas Walau Sudah Ada Semua Kelengkapan

Salam Cinta Hati,

Ini adalah rentetan dari entri  yang lepas mengenai semua kekurangan atau kelengkapan semuanya telah diperolehi, boleh diatasi untuk menghasilkan blog. Tetapi ada kekangan yang Maha Besar sedang menanti iaitu MASA. Ini adalah sangat penting.

Kita harus pandai urus masa sebelum ia berakhir dan berlalu begitu sahaja. Jadi mungkin siapa yang selalu mengikuti blog saya yang atu lagi pernha terbaca bagaimana saya uruskan masa untuk berblog. Iaitu gunakan masa awal datang kerja sebelum waktu bekerja, maknanya datang awal.paling kurang setengah jam dan balik awal dari tempat kerja, mungkin setengah jam atau sejam lewat.

Masa rehat digunakan sepenuhnya. Korbankan masa tersebut dengan tidak keluar makan di luar, tetapi tapau/bungkus atau bawa bekal dari rumah. Makan jika tidak dicampur dengan bersembang akan mengambil masa yang tidak lama. Jadi masa selebihnya boleh dihabiskan dengan membuat/menulis blog/serta uruskan kedai maya.

Kemudian bagi di rumah, usahakan pula untuk bangun awal pagi di saat anak-anak dan keluarga yang lain sedang tidur, biasanya jam 4 pagi, akal kita masih segar dan banyak perkara yang mudah dilakukan di saat ini.

Pendek kata bila dah ada semangat dan kemahuan dalam diri, sudah pasti semua benda akan menjadi.

Sekian sahaja dari saya, sedikit perkongsian untuk cinta hati saya yang dah lama ditinggalkan. Juga kerana kekangan masa. dan agak kekeringan idea.

Sudi-sudilah kiranya pembaca sekalian singgah dan lawati ke blog saya yang lain. Mana tahu ada barang yang saudara-saudari ingin dan memang sudah lama mencari.

Sila klik di sini:
Blog saya yang pertama: http://wanrokiah.blogspot.com/
Stokis produk DCL : http://sihatdancantikdengandcl.blogspot.com/


Friday, 11 October 2013

Cabaran dengan Pembekal

Salam cinta hati,




Sebagai peniaga memang tak boleh lari dari mengalami masalah dengan pembekal dan juga pelanggan. Biasanya dengan pelanggan tidak banyak masalah, hanya perlu melayan kerenah mereka.
Tetapi dengan pembekal perlu sangat berhati-hati dan mencari pembekal yang benar-benar dipercayai, diyakini sebelum sebarang urusniaga dijalankan.

Kebiasaan jika diikutkan pengalaman sendiri, bukan masalah besar sangat dengan pembekal, kadang-kala sahaja barang yang dipesan lambat tiba seperti yang dijanjikan. Biasalah itu, masalah di pihak pengangkutan.

Jadi sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan berlaku perkara tersebut, maka apa yang perlu dilakukan adalah simpan sedikit stok dalam tangan dan membuat pesanan baru sebelum stok habis. Ini untuk menggelakkan berlaku tiada stok di saat pelanggan ingin membeli. Jika terlalu lama menunggu biasanya sesiapa sahaja boleh berubah hati. Maka kerugian berlaku di sini, hilang pelanggan, hilang satu urusniaga.

Selalu tanya khabar/status barang dengan pembekal supaya tahu keadaan sebenar. Minta Tracking Number jika dipos. Jika dihantar dengan pengangkutan awam, atau penghantar perseorangan, selalu telefon atau tanya melalui pesanan ringkas.

Kalau boleh, cuba elakkan dari mengambil bekalan dari orang tengah. Sebaik-baiknya cari pengeluar atau stokis yang benar-benar ada stok. Jarang kehabisan stok kecuali bagi barang yang sangat laris lah.

Itu sahaja tips perniagaan yang ingin dikongsikan pada petang ini.

Sehingga berjumpa di lain hari.



Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui: 

Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah















Wednesday, 9 October 2013

Nak buat blog, ada komputer,laptop tetapi tiada sumber internet

Salam cinta hati,

Sudah tahu entri yang lepas yang lebih kurang sahaja bunyinya dengan tajuk di atas, versi lain sedikit. Ini kiranya lebih canggih dari entri sebelum ini, separuh kekurangan untuk berblog sudah lepas, ada kelebihan sedikit kali ini kerana sudah mempunyai laptop, komputer atau gajet lain yang seumpamanya.



Tetapi masalah yang utama iaitu intenet, tiada. Maka apa yang saya nak kongsikan di sini adalah bagaimana caranya nak berblog apabila tiada sumber internet.

Di sini tips nya:

1) Taipkan segala catatan atau post menggunakan microsof office dahulu. Kemudian bila ada sumber internet barulah salin dan tampal, copy &paste ke dalam blog.
Apa- apa pun memang kena guna sumber internet juga.

2) Segala gambar yang ingin dimasukkan ke dalam catatan entri di blog, disiapkan segala tanda atau watermark di gambar. Boleh juga guna teknik copy & paste sahaja. Tidak perlu upload (muat turun ) dari aplikasi di blog. Ini boleh jimatkan masa menggunakan sumber internet bagi mereka yang terbatas.

Sekian

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah