ads

cari apa anda mahu di sini

Wednesday, 9 October 2013

Nak buat blog, ada komputer,laptop tetapi tiada sumber internet

Salam cinta hati,

Sudah tahu entri yang lepas yang lebih kurang sahaja bunyinya dengan tajuk di atas, versi lain sedikit. Ini kiranya lebih canggih dari entri sebelum ini, separuh kekurangan untuk berblog sudah lepas, ada kelebihan sedikit kali ini kerana sudah mempunyai laptop, komputer atau gajet lain yang seumpamanya.



Tetapi masalah yang utama iaitu intenet, tiada. Maka apa yang saya nak kongsikan di sini adalah bagaimana caranya nak berblog apabila tiada sumber internet.

Di sini tips nya:

1) Taipkan segala catatan atau post menggunakan microsof office dahulu. Kemudian bila ada sumber internet barulah salin dan tampal, copy &paste ke dalam blog.
Apa- apa pun memang kena guna sumber internet juga.

2) Segala gambar yang ingin dimasukkan ke dalam catatan entri di blog, disiapkan segala tanda atau watermark di gambar. Boleh juga guna teknik copy & paste sahaja. Tidak perlu upload (muat turun ) dari aplikasi di blog. Ini boleh jimatkan masa menggunakan sumber internet bagi mereka yang terbatas.

Sekian

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah

Sunday, 6 October 2013

Cari Agen...Tidak Perlu Buat Semua Kerja Jualan

Salam Cinta Hati,

Perkongsian hari ini adalah mengenai satu idea yang agak memberansangkan untuk setiap perniagaan atau aktiviti jualan.

Seperti mana tajuk di atas yang mengatakan perlunya agen untuk memberi kita ruang masa yang mencukupi untuk uruskan semuanya bukan seorang diri tetapi secara berkumpulan. Kerja-kerja diagihkan mengikut keperluan.

Ini juga merupakan kisah benar yang mana saya sendiri sedang melakukan perkara ini iaitu melantik agen jualan untuk beberapa produk yang saya sedang niagakan sekarang. Tidak apa berhabis sedikit atau kurang mendapat untung yang mana untung asal dibahagikan untuk agen dalam bentuk komisen.
mungkin sebelum ini kita untung RM10 atas satu produk, bagikan sedikit komisen untuk agen sebanyak RM4 atau RM5.



Maka perniagaan yang kita jalankan lebih meluas,lagi ramai yang tahu dan bercakap mengenainya. Ini juga lagi mudah untuk pelanggan mendapatkan produk yang kita niagakan. Disamping kita dapat mebantu ekonomi ummah sejagat yang sama-sama ingin mencari duit lebih untuk menampung kehidupan zaman sekarang tanpa menggunakan modal niaga sendiri.

Jadi kesimpulannya kita tidak perlu buat semua kerja jualan tetapi hanya supply, bekalkan bekalan yang mereka perlukan. Kerja jualan dilakukan oleh agen jualan yang kita lantik.


 Nak tahu cara berniaga? atau ingin berniaga bersama? boleh hubungi:


Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah


Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah

Nak buat blog tetapi Tiada PC,Laptop dan Smartphone

Salam cinta hati,



Seperti yang diwar-warkan sebelum ini mengenai blog untuk perniagaan, sudah semestinya anda perlu ada sumber internet untuk bina dan kemaskini blog perniaagaan.

Bagi mereka yang belum ada sumber internet ini, jika ada pun sangat terhad, maka boleh gunakan sumber offline iaitu guna cara bukan atas talian dan bukan sumber internet, caranya adalah, guna mulut, percakapan dan telefon bagi mempromosikan barangan, tetapi ia sangat terhad kepada orang terdekat kita sahaja yang akan menjadi pelanggan kita. Tak apa boleh sahaja, asal ada keuntungan di situ.

gambar: sumber google

Tapi yang ingin dikongsikan di sini adalah jika anda tiada PC, tiada laptop dan smartphone tetapi anda ingin membina blog. Ini caranya:

1) Gunakan Cyber Cafe terdekat yang menyediakan perkhidmatan internet.
Pastikan sebelum anda ke sana, anda sudah ada draft apa yang ingin dibuat, apa yang ingin dikemaskini, supaya masa anda benar-benar dihargai disitu. kalau boleh bawa buku catatan, catat apa yang kita ingin lakukan di situ dalam buku tersebut dan boleh dibuat rujukan nanti.

2) Gunakan sumber komputer/PC/Laptop pejabat yang memang sudah ada sumber internet bagi mereka yang bekerja.
Pastikan anda berdisiplin untuk datang awal dan balik lewat. Korbankan juga masa rehat anda, seperti waktu makan. Jangan korbankan masa kerja anda pula. Pastikan kerja-kerja pejabat tidak terganggu. Senang sahaja nak pastikan tidak terganggu. Siapkan dulu kerja-kerja pejabat kemudian barulah berblog pasal pernagaan sendiri.

Tapi masa awal datang pejabat dan masa nalik lewat, katakan setengah setiap kali. Bermakna 2jam sehari anda ada masa untuk berblog. Itu sudah campur dengan masa rehat sejam.
pastikan juga anda sudah mencatat draft di rumah, tulis di buku catatan apa yang anda hendak taip di blog nanti.


Dua tips berguna yang saya nyatakan di atas boleh dipraktikan bagi mereka yang benar-benar serius untuk mencari pendapatan lebih. Kumpul keuntungan. Kemudian plan untuk beli smartphone, laptop/pc anda sendiri. Jangan lupa pasang talian internet.

Anda berusaha, anda dapat. Anda buat, ada hasil, anda yang akan untung. Perbaiki nilai hidup hari ini untuk nilai hidup yang lebih bermakna untuk hari depan.


Sekian

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: 
Akademi 

Saturday, 5 October 2013

Susah Dahulu Bersenang Kemudian

Salam cinta hati,

Tajuk entri di atas seperti biasa di dengar dan baca di mana-mana saja kan? Zaman sekolah lagi sudah ada pepatah ni "Berenang-renang ke hulu, Berakit-rakit ke tepian, Bersusah-susah dahulu, besenang lenang kemudian" Betul ke pepatah yang digunakan? rasanya dah betul.

Apa yang nak dikatakan disini, Alhamdulillah, zaman susah dan gelap saya berblog kini sudah makin cerah dan semakin nampak jalannya dengan pembelian sebuah laptop baru. Sebelum ini sangat terhad dengan gunakan telefon yang bijak itu dan komputer di pejabat.

Tapi ini bukan bermakna saya harus bersenang lenang tanpa terus berusaha. Dengan adanya gajet baru ini ia hanya memudahkan kerja berblog dan berbisnes saya tanpa terbatas tidak sebelum ini. Namun satu masalah baru yang akan timbul, gangguan dari anak-anak yang akan juga tertarik dengan laptop dan macam-macam hal yang mereka nak buat seperti tengok cerita kartun kegemaran mereka. Maka saya perlu membuat sekatan dan mengambil langkah awal, jangan dedahkan gajet ini kepada mereka. dalam erti kata lain, hanya gunakan pada waktu-waktu tertentu terutama waktu awal pagi semasa mereka masih enak dibuai mimipi.

Apa yang ingin dikatakan di sini,. jangan jadikan alasan anda tidak mempunyai itu ini untuk memulakan langkah berblog dan berbisnes. Jika belum ada, boleh gunakan sumber yang ada. Saya pernah terbaca, ada pelajar dari akademi Asas Blog, pergi ke cyber cafe semata-mata untuk update blog. Nah, maka jangan cari alasan, tetapi mulakan dari sekarang. Jika tidak tahu bagaimana nak bermula, saya dan cikgu yang berpengalaman boleh tunjukkan caranya.

Hubungi saya di:


Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah



Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah