ads

cari apa anda mahu di sini

Friday, 22 August 2014

Perniagaan Networking atau MLM


Salam cinta hati,

Perkongsian kali ini mengenai MLM ataupun perniagaan Networking. Saya pernah ceburi diri dalam pelbagai bidang bisnes MLM, ada yang berjaya ada yang tidak. Tetapi saya tidak pernah serik untuk teruskan. Kerana saya ini minat bisnes, saya suka atas niat dan dasar untuk tolong orang ramai, mudahkan orang dapatkan produk dengan orang terdekat dengan mereka. Niat untuk ubah cara hidup, bukan sekadar bekerja untuk dapatkan duit tetapi nak kan duit itu yang bekerja untuk kita.

Gambar dari google


Pemahaman yang anda perlu tahu mengenai perniagaan ini:

Perniagaan Networking atau MLM
@ Atas dasar nak bantu orang
@ Atas dasar nak jual produk yang bagus, boleh bantu sihatkan orang



MESTI PILIH
☆ sistem yang bagus
☆ produk yang bagus
☆ leader yang bagus


Gambar sekadar hiasan



Sedikit perkongsian dari saya yang saya juga ambil dari bacaan dan pemerhatian saya dalam bidang ini. Pengalaman mengajar segalanya. Yang penting kita harus berani mencuba dan ikut sahaja, cuba berusaha untuk capai seperti mana yang telah diajar dalam marketing plan itu. Jika orang lain yang ramai telah berjaya, pasti ada sesuatu yang kita belum ada untuk capai seperti mereka. Dekati mereka dan belajar dari mereka. Ikut langkah yang merka telah buat, jangan pernah mengalah.

Ingin belajar dan buat seperti saya? boleh hubungi saya 010-9336935 atau lihat di sebelah kanan blog ini.

Friday, 18 July 2014

Salam cinta hati,

Sudah terlalu lama saya meninggalkan blog ini seperti rumah yang telah ditinggal kerana outsation ke tempat lain, tumpuan saya memang ke arah rumah utama atau blog utama saya (www.wanrokiah.blogspot.com), memang biasanya hampir setiap hari ada entri baru di sana. Ada masa terlebih rajin akan naik 2,3 entri di sana, biasanya sekarang memang tertumpu pada bisnes Tupperware.

 Kali ini saya nak kongsikan panduan bagi anda yang nak mulakan bisnes online. Saya kongsikan sedikit teks dari seorang guru kepada saya dan dari Akademi Bekerja Dari Rumah, Kelas Asas Blog. Jom kita baca dan ambil tahu.

Bagaimana Cara Menjana Pendapatan Melalui Blog

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria

Bagaimana cara menjana pendapatan melalui blog?
Tulis dan kongsi apa yang kita ada.
Kemahiran, ilmu, motivasi tulis dan sebar melalui penulisan di blog
Bina pembaca dan pengikut blog sendiri
Dari situ mereka boleh baca perkongsian dan iklan kita
Belajar cara ini lebih lanjut dengan daftar sebagai PENGURUS ONLINE AKADEMI.


Mula bekerja di rumah sebagai Pengurus Online Akademi. Sangat mudah dan senang kerana hanya atas talian. Yang bestnya walaupun cik posmen bercuti, kita masih boleh berurusniaga, kerana semua produk atas talian, selagi ada internet
Sangat sesuai untuk mulakan sekarang, bila sibuk nak raya orang tak pakat pos barang dah, semua mesti ramai online sahaja.

Bagi kalian yang mahu mula bekerja hanya dari rumah, boleh mendaftar sebagai pengurus online ABDR

* Hanya daftar dengan yuran RM 300 - sekali bayar untuk yuran pendaftaran pengurus online akademi

* Dapat Bonus 5 ebook (ebook belajar asas blog - ebook rujukan utama membina blog, ebook super wahm supermom perkongsian kisah sebenar wahm yang mula bekerja dari rumah, ebook panduan mula bisnes butik - panduan untuk membuka butik, dan ebook 101 idea home based bisnes cari idea untuk memulakan bisnes secara online dan panduan sebelum memulakan dan ebook gaya bisnes siti khadijah yg akan terbit pada 30hb).

* Bonus 2 tahun beriklan di soho directory

* Dapat belajar membina blog dalam kelas blog bisnes. Belajar hasilkan blog rakan niaga

* Blog tersebut boleh digunakan untuk produk sendiri juga.
Setelah mendaftar dan menghasilkan blog, kalian akan dibimbing bagaimana untuk mula mempromosi produk akademi - iaitu produk digital ebook, pakej sewaan iklan, dan kelas online/ bengkel anjuran akademi bekerja dirumah. Mula belajar promosi produk ini melalui blog dan facebook. Komisen akan dibayar secara terus kepada kalian, melalui pendaftaran pelajar ke kelas online/bengkel, atau belian ebook atau tempahan iklan.

Ini bukan omongan kosong, kerana pasukan pengurus online akademi sudah beroleh hasil seperti ini. Tapi ada syarat utama,
1) ikut apa yang telah diajar,
2) mula praktik,
3) mula promosi, dan
4) yang lebih penting berserah pada Allah swt atas semua daya usaha yang telah dilakukan.

Jika sudah sedia, boleh hubungi saya untuk bermula



Wednesday, 11 June 2014

Pemasaran

Salam cinta hati,

Sangat penting sebenarnya teknik pemasaran apabila kita berniaga tak kira berniaga online, di atas talian atau offline secara bukan di atas talian.
Imej dari Google


Bagaimana untuk pastikan Pemasaran berkesan?
Tekniknya atau makna pemasaran itu adalah kita nak orang ramai tahu yang kita berniaga dan ada menjual produk. Kita mesti sentiasa iklankan produk kita dengan cara memberitahu orang terdekat dengan edarkan poster, flyer atau ada banting di mana-mana supaya ramai orang yang tahu.

Tak kira kita berniaga di ceruk kampung atau bandar besar, memang kita harus memberitahu orang ramai yang kita ada menjual produk tertentu contohnya madu.

Bagaimana ingin memberitahu orang?
1) Kita boleh bagi sampel, contohnya madu tadi letak dalam bekas yang kecil untuk mereka rasa.
2) Bercerita dari satu rumah ke rumah jika berada di kampung yang hanya beberapa orang, tak sampai 100 orang.
3) Paling mudah buat majlis ringkas dan jemput semua datang ke rumah kita, sekali cerita sahaja. Tak perlu ulang banyak kali.
4) Biar gambar berbicara, iklan kan guna flyer, banting seperti diterangkan di atas.
5) Jika ada modal yang lebih, buat iklan di media sosial seperti TV, Radio dan suratkhabar serta majalah.
6) Atau cara yang paling mudah dan murah adalah dengan menggunakan blog, wordpress atau website yang mudah dicapai/access oleh berjuta orang.

Dan ilmu yang saya baru belajar adalah, tulislah dalam dua bahasa iaitu Melayu dan English untuk pasaran yang lebih meluas ke seluruh dunia.


Apa saja bisnes yang kita lakukan terutama sekali di zaman ini, paling penting pilih lah teknik pemasaran yang berkesa. bagi yang baru berniaga, gunakan medium yang percuma sahaja. Bila sudah ada untung barulah berusaha ke arah iklan yang berbayar.

Sekian dulu,

Semoga dapat membantu anda di luar sana yang sedang mencari maklumat mengenai teknik pemasaran.

Jika ingin dapatkan produk jualan saya boleh hubungi saya 010-9336935 atau pelbagai cara lain, lihat di kanan atas blog ini.

Thursday, 22 May 2014

Bantulah diri sendiri untuk berniaga

Salam cinta hati,

Sudah terlalu lama meninggalkan rumah ini, hampir 2 bulan. Bukan kerana sudah tidak sayang dan juga bukan kerana sudah kering idea namun kesuntukan masa dan komitmen yang lain menyebabkan masa untuk rumah ini agak tidak ada.

Baik, hari ini saya terpanggil untuk kongsikan satustatus yang saya baca dari luahan dan buah fikiran cikgu saya. Jom kita sama-sama baca dan fahami.

Sebelum mahu bantu orang lain, cuba bantu diri dahulu
Bagaimana saya cabar diri untuk keluar dari zon selesa. Alhamdulillah sekarang setiap hari ada urusan jual beli masuk ke akaun bank. Tapi jangan ingat semua itu datang dengan sekelip mata

Saya mahu bantu kalian terutamanya surirumah untuk capai pendapatan seperti saya juga tetapi dengan syarat janganlah mudah hilang fokus atau putus-asa

Biar bina rumah yang kecil tapi semakin lama ditambah-tambah menjadi rumah besar dari yang menjadi bina rumah kecil, kerana tamak runtuhkan rumah kecil kerana mahu bina rumah batu yang besar yang entah belum pasti kita mampu untuk menyiapkannya (sekadar peringatan buat diri sendiri)


Kredit untuk Cikgu Zaila Mohamad.

Saya nak ulas sedikit apa yang dikongsikan oleh beliau, sekarang beliau adalah surirumah sepenuh masa yang ada menjalankan pekerjaan bisnes online  dan mengajar online.
pinjam gambar dari google


Baik, apa yang perlu kita lakukan untuk berjaya adalah bantu diri kita untuk berjaya tak kira jika kita ini seorang surirumah atau pun bekerja makan gaji atau bekerja sendiri.


Topik lagi menjurus atau terperinci adalah bantu diri sendiri untuk berniaga. 
Tiada alasan lagi untuk berniaga, alasan modal? 
berniaga tanpa modal pun dah ada diceritakan iaitu dropship.
masa tiada? 
sekarang zaman dah canggih tak perlu masa yang lama, guna saja teknologi terkini dan cuba promosikan, itulah berniaga di atas talian namanya.
 apa alasan lagi? Tak pandai? 
itu semua boleh diajar atau ikut saja cara orang yang dah berjaya buat,


Cukup dulu entri ringkas dari saya kali ini.


Salam kasih sayang dan semoga anda semua baik-baik saja.
Janji berusaha untuk kehidupan yang lebih baik.

Monday, 31 March 2014

3 Teknik Pemasaran

Salam cinta Hati,

Sudah lama meninggalkan blog ini, tidak mematahkan semangat saya untuk terus berkongsi ilmu yang dimiliki dengan pembaca semua.

Ya setiap ilmu yang kita perolehi datang dari Allah jua. Dia yang memberikan dan Dia berhak menarik balik.
Jika dikongsikan, maka lebih bermanfaat. Usah lah kita kedekut ilmu. Makin kedekut, makin hilang malah makin jahillah seseorang itu.

Ok, 3 teknik pemasaran yang hendak dikongsikan adalah
1) Mesej yang nak disampaikan mestilah jelas
Apa yang nak diberitahu haruslah sampai atau menusuk ke kalbu pembaca atau penerima mesej tersebut. Paling tepat jika mesej yang nak disampaikan di tuju khas untuk mereka yang menanti mesej tersebut.

2) Pasaran mana yang nak dipasarkan
Anda kena kenalpasti golongan bakal pelanggan anda, di mana anda nak salurkan perniagaan anda.
Contohnya jika anda nak jual syampu yang untuk lebatkan rambut, maka golongan wanita dan lelaki dewasa adalah bakal pelanggan anda yang tepat. Iklankan untuk mereka.
Manakala jika anda jual minyak urut yang berangin, maka golongan yang sesuai adalah golongan ibu-ibu yang memerlukan untuk anak-anak mereka. Atau kepada ahli sukan yang selalu alami kekejangan otot dan memerlukannya dari masa ke semasa.

3) Media atau saluran iklan
Cari sumber yang percuma atau berbayar untuk iklankan produk anda

Untuk yang baru hendak bermula, tak salah jika menggunakan media percuma seperti laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram untuk membuat iklan tetapi ikuti prosedur yang laman sosial tersebut tetapkan. Contoh seperti laman muka buku, facebook, jangan sesuka anda tag atau iklankan di wall kawan anda, kemungkinan mengganggu privasi rakan tersebut dan sekarang Facebook akan blok anda jika ada yang menghantar laporan gangguan tersebut dari anda kepada mereka.

Maka pilih jalan yang betul, untuk tahu langkah lanjut, anda boleh iklankan di blog atau website yang percuma. Saya boleh tunjukkan caranya, jom hubungi saya dan saya bantu anda semampu saya, selebihnya anda yang berusaha sehingga berjaya.




Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah

Friday, 7 March 2014

Agen Perniagaan

Salam Cinta Hati,

Tiba-tiba terasa nak berkongsi di sini hari ini, kerana apa, kerana saya sendiri sudah menjadi agen kepada produk MRS ini yang mana ringkasan kepada Miracles Refreshing Spray.

Sebelum menjadi agen, saya sendiri telah mencuba dan menggunakan produk ini dan telah memperkenalkan kepada ramai kawan-kawan yang mana bermula dengan kawan rapat yang terdekat, kemudian bergerak dan tersebar kepada ramai orang yang lain.

Maka ini mendesak saya untuk menjadi agen dan berniaga produk MRS kerana saya tidak dapat menyekat kehendak mereka yang semakin meningkat setelah menggunakan produk MRS ini.

Boleh dikatakan produk MRS ini adalah produk magic atau ajaib yang menyelesaikan banyak permasalahan orang ramai, dapat megubati banyak penyakit, memberi kesegaran dan ketenangan kepada pemakai dan pengguna MRS. Ya semua itu atas kuasa yang Maha Kuasa juga.
 Dia yang berkuasa menyembuh dan menyelesaikan permasalahan tersebut.

Jadi di sini saya nak kongsikan bermula Mac 2014, ada promosi untuk and ayang baru dan sedang rancak berniaga untuk cuba menjadi agen kepada produk MRS ini juga, Di mana untuk menjadi agen adalah seperti dibawah.

Tawaran ini sangat menarik kerana setelah dibuat perkiraan, anda sebagai agen mendapat keuntungan biarpun baru saja menjadi agen.


Ini kerana jika dikira secara kasar jumlah sebenar harga produk yang anda dapat seperti di atas adalah
2 x RM79.90 (60ml) = RM 159.80
3 x RM39.90 (30ml) = RM119.70
20 x RM9.90 (10ml) harga promosi jika harga sebenar adalah RM 14.90 = RM 198
Jadi keseluruhan adalh RM477.50

Anda hanya bayar RM397 dengan dapat free postage (biasa RM10/RM20)
Dimana RM 487.50 - RM 397 = RM 90.50  (keuntungan pertama anda)


Untuk harga ahli atau setelah anda menjadi agen adalah jauh lebih murah, nak tahu silalah hubungi saya untuk menjadi agen dengan kadar segera kerana Agen RM 397 mungkin akan meningkat harganya di mana saya sendiri sebelum ini menjadi agen hanyan dengan harga RM 299 yang mana telah tamat tempoh promosinya Feb 2014 yang lepas. 



Inilah yang sedikit sebanyak yang saya nak berkongsi dengan anda pembaca di luar sana. Untuk anda yang berminat untuk berniaga atau nak tambah produk jualan anda, sila lah jangan segan silu untuk hubungi saya,



Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah


Friday, 28 February 2014

Bagi Sampel Percuma

Salam cinta hati,


Sudah lama saya meninggalkan blog ini tanpa jejak, tetapi saya tahu anda di luar sana tahu apa aktiviti saya sebab sudah ada jejak-jejak yang lain telah ditinggalkan untuk mudah anda mengesannya.

Hari ini terasa nak berkongsi tips atau panduan untuk berniaga terutama yang berniaga bukan di atas talian, secara offline. Seperti mana tajuk yang ditulis di atas, itulah tips atau panduan nya.

Untuk bisnes yang kita jalankan secara berjumpa dengan orang, bersemuka dan boleh bercakap dan menerangkan, maka apa salahnya kita bagi sampel atau percubaan untuk mereka merasa sendiri kebaikan produk yang anda niagakan dan kesan terhadap mereka.

1) Seperti mana contoh perniagaan makanan, anda boleh kecil-kecilkan bahagian makanan tersebut dan jadikan sebiji kepada banyak pecahan, maka ramai orang boleh merasa dan tahu sedap atau tidak, kena dengan selera mereka atau tidak.

2) Perniagaan Minyak Wangi, sama juga bagi mereka (bakal pelanggan) bau dulu setiap minyak wangi yang mereka rasa sesuai dengan  mood mereka.

3) Ubat atau supplemen yang berupa minuman atau makanan yang boleh dikongsikan boleh lah dibancuh (jika perlu dibancuh terlebih dulu), bagi yang dalam botol, boleh diberi minum sesudu atau sedikit sekadar untuk merasa.

Ya, memang perlu untuk menambat hati bakal pelanggan, keluarkan  modal sedikit sahaja dan jangan lupa niatkan untuk bersedekah dengan memberi sampel tersebut, maka pahala dapat dan pelanggan pun bakal dapat.

Sekian dulu tips untuk kali ini.