ads

cari apa anda mahu di sini

Friday, 28 February 2014

Bagi Sampel Percuma

Salam cinta hati,


Sudah lama saya meninggalkan blog ini tanpa jejak, tetapi saya tahu anda di luar sana tahu apa aktiviti saya sebab sudah ada jejak-jejak yang lain telah ditinggalkan untuk mudah anda mengesannya.

Hari ini terasa nak berkongsi tips atau panduan untuk berniaga terutama yang berniaga bukan di atas talian, secara offline. Seperti mana tajuk yang ditulis di atas, itulah tips atau panduan nya.

Untuk bisnes yang kita jalankan secara berjumpa dengan orang, bersemuka dan boleh bercakap dan menerangkan, maka apa salahnya kita bagi sampel atau percubaan untuk mereka merasa sendiri kebaikan produk yang anda niagakan dan kesan terhadap mereka.

1) Seperti mana contoh perniagaan makanan, anda boleh kecil-kecilkan bahagian makanan tersebut dan jadikan sebiji kepada banyak pecahan, maka ramai orang boleh merasa dan tahu sedap atau tidak, kena dengan selera mereka atau tidak.

2) Perniagaan Minyak Wangi, sama juga bagi mereka (bakal pelanggan) bau dulu setiap minyak wangi yang mereka rasa sesuai dengan  mood mereka.

3) Ubat atau supplemen yang berupa minuman atau makanan yang boleh dikongsikan boleh lah dibancuh (jika perlu dibancuh terlebih dulu), bagi yang dalam botol, boleh diberi minum sesudu atau sedikit sekadar untuk merasa.

Ya, memang perlu untuk menambat hati bakal pelanggan, keluarkan  modal sedikit sahaja dan jangan lupa niatkan untuk bersedekah dengan memberi sampel tersebut, maka pahala dapat dan pelanggan pun bakal dapat.

Sekian dulu tips untuk kali ini.

No comments:

Post a Comment