ads

cari apa anda mahu di sini

Sunday, 29 December 2013

Pilihan Perniagaan

Alhamdulillah,

Salam cinta hati, apa khabar semua? sudah lama sangat tidak melarikan anak-anak jari ke papan kekunci untuk tulis entri di blog ini. Walaupun minat saya adalah bisnes tetapi kekangan masa yang amat, kekangan idea juga untuk menulis akan perkara yang sama di sini. Perkara berkaitan peluang perniagaan.

Walaupun pilihan perniagaan adalah luas, kita harus bijak untuk memlih yang sesuai dengan kita. Biar lambat, biar santai tetapi masih dipanggil bisnes. Tidak perlu untuk ikut orang lain semata-mata untuk cepat tetapi banyak berhabis, hasilnya tiada apa. Kerana apa, tidak berjaya? kerana tiada minat, buat sekadar ikut-ikutan.

Baik, di dunia ini ada pelbagai pilihan perniagaan, yang paling sesuai untuk kita bukan mudah untuk jumpa. Maka kita perlu cuba dan jaya akan semua yang datang kepada kita. Peluang yang ada, jika difikirkan sesuai untuk kita, maka ambil dan teruskan. Buat betul-betul.

Ya, semua orang susah untuk memilih benda atau perniagaan yang susah. Antara perniagaan yang susah adalah perniagaan dan perusahaan sendiri yang mana diusahakan sendiri seperti menjual kerepek hasil tangan sendiri, menjual kuih, makanan, lauk pauk dan pelbagai lagi. Ini perlu mental dan fizikal seerta kemahiran yang tinggi. Modal sendiri, semua perkara dibuat sendiri dari awal dan akhir, memang agak memenatkan. Hanya orang tertentu sahaja yang boleh teruskan bidang perniagaan seperti ini.

Sumber google: Perniagaan Konvensional


Yang kedua, bidang perniagaan yang sudah sedia ada. Berlambak, boleh cari dan pilih sendiri. Yang paling mudah nampak adalah perniagaan Multi Level Marketing, Francais dan Networking. Semua produk atau perniagaan sudah sedia ada. Kita hanya perlu join dan promosikan sahaja. Jika kena gaya, buat sungguh-sungguh memang boleh berjaya. Bidang ini tidak terlalu penat dan susah. Cuma kena isi setiap masa dengan promosi, tidak kira secara online, offline, bersemuka iaitu bertemu dengan orang. Manakala modal ada kalanya agak besar, terpulang kepada individu untuk memilih. Jika modal besar, semakin besar risiko, semakin keras usaha yang perlu dilakukan untuk balik modal dan dapat keuntungan.

Sumber google: Contoh perniagaan Networking


Maka, jika anda sangat berminat untuk berniaga atau jalankan perniagaan, boleh pilih mana-mana jenis perniagaan di atas. Atau boleh hubungi saya jika ada persoalan yang bermain di benak anda. Boleh saya bantu sebarapa yang boleh.



Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah

Sunday, 17 November 2013

Perniagaan Pilihan

Salam cinta hati,

Entri ini adalah bersamaan yang saya tulis di blog saya www.wanrokiah.blogspot.com.
Sengaja saya ulang semula di sini kerana ia berkaitan panduan perniagaan, sesuai dengan tajuk blog ini.

Perniagan bagaimanakah pilihan anda?

Adakah MLM iaitu multi level marketing atau trading atau konvensional?

 

Mana atau jenis apa perniagaan pun yang menjadi pilihan anda, terpulang kepada diri anda sendiri. Apa yang penting, anda lakukan untuk diri sendiri kerana minat, kerana ada target tertentu yang anda ingin capai. Bukan kerana terpengaruh dengan kawan-kawan atau tarikan kekayaan yang ditonjolkan oleh seseorang individu.

Jika anda lakukan kerana orang lain, mungkin anda tidak akan bertahan lama dalam bisnes atau perniagaan yang anda lakukan. Jadi di sini apa yang perlu disetkan dahulu adalah tujuan apa anda lakukan bisnes? Adakah kerana keterpaksaan? Atau kerana minat? Selama mana minat akan bertahan?

Ya minat mungkin akan berubah dari semasa ke semasa tetapi jika anda sudah berada di kalangan kelompok orang yang mempunyai minat yang sama, ia akan bertahan lama. Bagaimana untuk berada dalam kelompok tersebut? 

Alah, zaman sekarang terlalu moden dan canggih, gunakan sahaja teknologi yang sudah ada. Contoh yang terbaik adalah di facebook, whatsApp, dan lain-lain yang memang ada kumpulan pelbagai. Boleh cipta kumpulan yang baru atau anda boleh join sahaja kumpulan sedia ada.

Nak tahu lebih lanjut, jom lah join kumpulanbesar kami yang sudah melebihi 200 blog yang bersiaran secara online. Hubungi saya wan rokiah.

Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL

Sekian.


 
Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah


Tuesday, 12 November 2013

Rekod Perniagaan Anda


Salam cinta hati,

Rekod yang bagaimana yang menyenangkan anda?

Untuk perniagaan adakah anda suka buat catatan harian, jual beli dan item yang terlibat dalam urusan tersebut pada setiap hari?

Atau anda suka rekod dengan menggunakan item/produk/barang sebagai tajuk atas dan siapa pembeli dan tarikh item itu diurusniaga?

Ok, melalui pengalaman saya yang baru sahaja bertapak dalam perniagaan online ini,jika anda ada seorang pembantu yang menguruskan kedai online anda maka eloklah dicatatkan seperti kaedah pertama iaitu cacatan harian , manakala ditutup akaun pada setiap hujung bulan untuk melihat berapa banyak modal digunakan, berapa banyak jualan bulan itu dan juga untungnya.

Manakala jika anda tiada pekerja, malah semua urusan anda lakukan berseorangan secara sepenuh masa, mungkin anda boleh lakukan kaedah pertama juga.

Tetapi bagi orang seperti saya yang berbisnes  secara sambilan dan buat bisnes sekadar separuh masa kerana masih terikat dengan kerja hakiki, memang kaedah kedua yang lagi mudah. Ini bukan sekadar untuk rekod keluar masuk urusniaga tetapi sekaligus mengira jumlah stok yang masih ada.
Sebagai contoh untuk jelaskan lagi pembacaan anda, saya terangkan secara terperinci seperti di bawah,

Produk : KURMA BADAM (10 Kotak)

No
Pembeli
Qty
Date
Remark
1
Si A
3
10/9/2013
pos
2
Si B
2
12/9/2013
cod
3
Si C
1
30/9/2013
hutang
4
Si D
2
1/10/2013

5
Si E
2
5/10/2013

Total

10




Ini contoh yang amat mudah dan jelas untuk orang yang tidak punya banyak masa, apa pun mesti ada rekod untuk mudahkan urusan jual beli anda. Untuk mudahkan anda mengira stok. Kemudian akhir sekali, boleh lah dikira untung dengan menolak modal dari hasil jualan produk itu.

Sekian

 
Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah