ads

cari apa anda mahu di sini

Monday 1 September 2014

Jual Beli Secara Online

Salam cinta hati,

Sihat dan gembirakah anda di saat ini?

Sudah terlalu lama meninggalkan rumah ini sehingga rasanya boleh bersawang. Almaklumlah tuan punya blog ada banyak rumah, maka akan sentiasa balik ke rumah utama, ini hanya rumah sampingan. Jika benar ada 3 buah atau lebih rumah begini juga jadinya ya. Kalau betul dapat beli 3 buah rumah, memang kaya lah, banyak pendapatan sampingan akan masuk bila disewa tapi jika tidak dijaga dengan betul bukan duit sampingan yang masuk tetapi duit dalam pula yang akan keluar untuk membaiki apa sahaja yang rosak akibat tidak dijaga dengan baik dan terurus.

Permulaan di atas agak berlainan dengan topik yang saya nak bincangkan pada kali ini.
Jika diikut tajuk nya Jual Beli secara online. Sebenarnya saya nak buka peluang untuk anda peniaga di luar sana yangminat nak mencari pendapatan sampingan sambil anda ada pendapatan tetap atau saja berada di rumah  dan berminat untuk membantu suami atau nak bantu keluarga untuk dapatkan sampingan wang untuk kegunaa masa sekarang atau sebagai simpanan di masa akan datang. anda boleh hubungi saya, saya nak buka peluang untuk anda jadi agen kepada produk saya. Memang sekarang saya sudah ada pelbagai agen yang menjual produk dari stok saya, tapi makin ramai makin seronok kita bekerja sama. Niat saya untuk bantu anda dan anda bantu saya. kita sesama merasa rezeki yang Allah bagi.

Saya sendiri pun masih belum ada produk sendiri lagi, hanya menjual produk orang lain namun bagi saya itu lebih mudah. Dan bagi anda jika berminat dan tiada modal, anda boleh hubungi saya, yang penting anda cari cara untuk bermula.

Sebenarnya jual beli secara online adalah lebih mudah bagi kita yang separa bekerja tak kira di pejabat, di kilang, di rumah. Jangan ingat berada di rumah, anda itu tidak bekerja namun anda juga ada kerja tetap yang hakiki untuk dibuat malah kerja tersebut tidak akan pernah habis.

Mungkin ada yang dapat baca apa yang saya nak ceritakan jual beli secara online ini adalah lebih kepada anda menjadi agen dropship saya. Jika anda ada modal dan ingin terus jadi agen tetap, itu lagi bagus kerana anda boleh mendapat untung yang lebih banyak sesuai dengan modal yang anda keluarkan.

Sekian dulu, akan berjumpa lagi di lain entri.

Bagi anda yang benar-benar ada impian untuk mencuba, boleh hubungi saya dengan segera melalui emel, watsap, mesej. Mana-mana yang cepat, akan saya balas segrea.