ads

cari apa anda mahu di sini

Wednesday 11 June 2014

Pemasaran

Salam cinta hati,

Sangat penting sebenarnya teknik pemasaran apabila kita berniaga tak kira berniaga online, di atas talian atau offline secara bukan di atas talian.
Imej dari Google


Bagaimana untuk pastikan Pemasaran berkesan?
Tekniknya atau makna pemasaran itu adalah kita nak orang ramai tahu yang kita berniaga dan ada menjual produk. Kita mesti sentiasa iklankan produk kita dengan cara memberitahu orang terdekat dengan edarkan poster, flyer atau ada banting di mana-mana supaya ramai orang yang tahu.

Tak kira kita berniaga di ceruk kampung atau bandar besar, memang kita harus memberitahu orang ramai yang kita ada menjual produk tertentu contohnya madu.

Bagaimana ingin memberitahu orang?
1) Kita boleh bagi sampel, contohnya madu tadi letak dalam bekas yang kecil untuk mereka rasa.
2) Bercerita dari satu rumah ke rumah jika berada di kampung yang hanya beberapa orang, tak sampai 100 orang.
3) Paling mudah buat majlis ringkas dan jemput semua datang ke rumah kita, sekali cerita sahaja. Tak perlu ulang banyak kali.
4) Biar gambar berbicara, iklan kan guna flyer, banting seperti diterangkan di atas.
5) Jika ada modal yang lebih, buat iklan di media sosial seperti TV, Radio dan suratkhabar serta majalah.
6) Atau cara yang paling mudah dan murah adalah dengan menggunakan blog, wordpress atau website yang mudah dicapai/access oleh berjuta orang.

Dan ilmu yang saya baru belajar adalah, tulislah dalam dua bahasa iaitu Melayu dan English untuk pasaran yang lebih meluas ke seluruh dunia.


Apa saja bisnes yang kita lakukan terutama sekali di zaman ini, paling penting pilih lah teknik pemasaran yang berkesa. bagi yang baru berniaga, gunakan medium yang percuma sahaja. Bila sudah ada untung barulah berusaha ke arah iklan yang berbayar.

Sekian dulu,

Semoga dapat membantu anda di luar sana yang sedang mencari maklumat mengenai teknik pemasaran.

Jika ingin dapatkan produk jualan saya boleh hubungi saya 010-9336935 atau pelbagai cara lain, lihat di kanan atas blog ini.