ads

cari apa anda mahu di sini

Sunday 17 November 2013

Perniagaan Pilihan

Salam cinta hati,

Entri ini adalah bersamaan yang saya tulis di blog saya www.wanrokiah.blogspot.com.
Sengaja saya ulang semula di sini kerana ia berkaitan panduan perniagaan, sesuai dengan tajuk blog ini.

Perniagan bagaimanakah pilihan anda?

Adakah MLM iaitu multi level marketing atau trading atau konvensional?

 

Mana atau jenis apa perniagaan pun yang menjadi pilihan anda, terpulang kepada diri anda sendiri. Apa yang penting, anda lakukan untuk diri sendiri kerana minat, kerana ada target tertentu yang anda ingin capai. Bukan kerana terpengaruh dengan kawan-kawan atau tarikan kekayaan yang ditonjolkan oleh seseorang individu.

Jika anda lakukan kerana orang lain, mungkin anda tidak akan bertahan lama dalam bisnes atau perniagaan yang anda lakukan. Jadi di sini apa yang perlu disetkan dahulu adalah tujuan apa anda lakukan bisnes? Adakah kerana keterpaksaan? Atau kerana minat? Selama mana minat akan bertahan?

Ya minat mungkin akan berubah dari semasa ke semasa tetapi jika anda sudah berada di kalangan kelompok orang yang mempunyai minat yang sama, ia akan bertahan lama. Bagaimana untuk berada dalam kelompok tersebut? 

Alah, zaman sekarang terlalu moden dan canggih, gunakan sahaja teknologi yang sudah ada. Contoh yang terbaik adalah di facebook, whatsApp, dan lain-lain yang memang ada kumpulan pelbagai. Boleh cipta kumpulan yang baru atau anda boleh join sahaja kumpulan sedia ada.

Nak tahu lebih lanjut, jom lah join kumpulanbesar kami yang sudah melebihi 200 blog yang bersiaran secara online. Hubungi saya wan rokiah.

Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL

Sekian.


 
Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah


Tuesday 12 November 2013

Rekod Perniagaan Anda


Salam cinta hati,

Rekod yang bagaimana yang menyenangkan anda?

Untuk perniagaan adakah anda suka buat catatan harian, jual beli dan item yang terlibat dalam urusan tersebut pada setiap hari?

Atau anda suka rekod dengan menggunakan item/produk/barang sebagai tajuk atas dan siapa pembeli dan tarikh item itu diurusniaga?

Ok, melalui pengalaman saya yang baru sahaja bertapak dalam perniagaan online ini,jika anda ada seorang pembantu yang menguruskan kedai online anda maka eloklah dicatatkan seperti kaedah pertama iaitu cacatan harian , manakala ditutup akaun pada setiap hujung bulan untuk melihat berapa banyak modal digunakan, berapa banyak jualan bulan itu dan juga untungnya.

Manakala jika anda tiada pekerja, malah semua urusan anda lakukan berseorangan secara sepenuh masa, mungkin anda boleh lakukan kaedah pertama juga.

Tetapi bagi orang seperti saya yang berbisnes  secara sambilan dan buat bisnes sekadar separuh masa kerana masih terikat dengan kerja hakiki, memang kaedah kedua yang lagi mudah. Ini bukan sekadar untuk rekod keluar masuk urusniaga tetapi sekaligus mengira jumlah stok yang masih ada.
Sebagai contoh untuk jelaskan lagi pembacaan anda, saya terangkan secara terperinci seperti di bawah,

Produk : KURMA BADAM (10 Kotak)

No
Pembeli
Qty
Date
Remark
1
Si A
3
10/9/2013
pos
2
Si B
2
12/9/2013
cod
3
Si C
1
30/9/2013
hutang
4
Si D
2
1/10/2013

5
Si E
2
5/10/2013

Total

10




Ini contoh yang amat mudah dan jelas untuk orang yang tidak punya banyak masa, apa pun mesti ada rekod untuk mudahkan urusan jual beli anda. Untuk mudahkan anda mengira stok. Kemudian akhir sekali, boleh lah dikira untung dengan menolak modal dari hasil jualan produk itu.

Sekian

 
Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah


Wednesday 6 November 2013

Turun Naik Bisnes

Salam cinta hati,

Sedar tak sedar, sudah seminggu saya meninggalkan blog ini tanpa entri baru yang panas dan hangat. Baru saya tahu agak susah untuk uruskan 3 anak berbanding dengan 1anak sahaja. Anak yang dimaksudkan di sini adalah blog.

Seperti ramai yang sedia tahu, blog saya dari satu sudah menjadi tiga. Boleh rujuk di sebelah kanan senarai blog saya. 
Seperti juga kita sebagai manusia yang ada turun naik dari segala benda seperti perasaan, kerajinan dan lain, bisnes juga ada masa naik dan turun. Ada masa langsung kita tiada pelanggan untuk membeli. Ada masa pula terlalu ramai dalam satu-satu masa. Itu semua rezeki yang telah ditentukan.

Sumber: Google


Semasa ketiadaan pelanggan, itu adalah juga peluang untuk kita sebagai peniaga membuat kerja-kerja kemaskini segala perkara yang berkaitan dengan perniagaan kita. Masa itu lah boleh kita lakukan kaji selidik, periksa stok, buat senarai periksa,checklist dan stock take, iaitu kira stok.

Kaji semula berapa modal yang telah kita laburkan, berapa keuntungan yang telah dapat. Bagaimana pergerakan bisnes kita sekarang. 
Inilah masa yang perlu kita lakukan.

Ok sehingga berjumpa di lain entri.

Sekian
.


Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah